“Memperkasakan Budaya Kebajikan
Untuk Kesejahteraan Semua”
Yayasan Al Aim telah ditubuhkan pada 15 November 1993. Penubuhan Yayasan Al Aim merupakan Aspirasi Belia Negara di mana matlamat utama adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Yayasan Al Aim berusaha untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pengurusan dana dan sumbangan, sama ada dalam bentuk wang tunai atau harta yang boleh dipindahkan atau tidak, dengan fokus pada pelbagai aspek sosio-ekonomi.
Objektif Yayasan Al Aim:
• Menerima, mengurus dan mentadbir dana dari pelbagai sumber dan untuk melupuskannya mengikut keperluan.
• Untuk mewakili yayasan secara rasmi dimana-mana badan kerajaan, pentadbir atau badan perundangan lain.
• Untuk menerima bagi pihak yayasan mana-mana dana, hartanah atau harta alih dan tidak alih yang mungkin disumbangkan atau diperoleh yayasan dibawah mana-mana perjanjian dan untuk mengumpul atau menerima wang, hartanah, barangan milik yayasan.
• Untuk menerima apa-apa hadiah samada harta alih atau tidak alih dalam bentuk kewangan bagi memenuhi satu atau lebih objektif Yayasan.
• Untuk membeli, memajak atau memperolehi hak bagi tujuan Yayasan.
• Untuk menyewakan atau memajak harta milik Yayasan yang dirasakan sesuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA).
• Untuk membeli saham, dagangan hadapan, bon yang dijamin oleh kerajaan.
• Menjual, melupuskan atau memindah milik mana-mana hartanah milik Yayasan yang dirasakan sesuai.
• Untuk menubuhkan dan menguruskan pendaftaran, pengurusan dan mengekalkan mana-mana agensi atau cawangan Yayasan di seluruh Malaysia.
“Menjadikan Yayasan ini sebagai platfom penglibatan belia di dalam aktiviti pembangunan sosio-ekonomi negara. Strategi bertindak yang direncanakan akan berlandaskan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Wawasan 2020 demi melahirkan generasi belia yang profesional, dinamik, inovatif, berdaya saing dan berjiwa global tanpa mengenepikan nilai-nilai murni yang menjadi asas kehidupan. Berusaha untuk mempertingkatkan taraf sosio – ekonomi ahli dan mencapai objektif yayasan.”
Berdiri dari kiri: Pn. Amalia Yanti Binti Hj Abd. Samad, En. Zul Azri Bin Abdul Azaiz, Tn. Hj Abdul Rahman Bin Mat dan Pn. Norlida Binti Abdullah.
Duduk dari kiri: En. Mohd. Redzuan Bin Majid (Bendahari), Pn. Che Al Mahera Binti Che Ibrahim (Pengerusi), En. Hendra Idham Bin Sulaiman (Setiausaha) dan YBhg. Dato’ Hj Abdull Hallim Bin Hj Hamad.
(Video) Program bantuan makanan dan minuman di bulan puasa 2024 kepada gelandangan di sekitar Lebuh Ampang dan Jalan Chow Kit di ibukota.